Thursday, 21 August 2014

Perit Lagikan Getir

Tak pernah aku mengharapkan sesuatu yang keterlaluan dalam setiap perhubungan namun cukuplah dengan kasih sayang yang lahir dari keikhlasan. Cukup jugalah dengan sebuah penghargaan.
Tak pernah aku menagihkan perhatian 24jam namun cukuplah yang tidak membuatkan aku merasa seperti diabaikan.
Tak pernah aku mengharapkan sesuatu penghargaan setiap pengorbanan yg terlalu gah, namun cukuplah dengan di hargai seikhlas hati.
Tak pernah aku mengimpikan kesempurnaan kerana aku sendiri sedar bahawa aku jua tidak sempurna.
Wahai insan, Maafkan aku andai aku bukanlah seperti yang kau idamkan,maafkan aku kerana aku bukanlah seperti yang kau angankan, maafkan aku kerana aku bukan seperti yangkau harapkan, maafkan aku jua kerana aku bukanlah seperti apa yang telah kau angankan.
Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan banyak kesilapan.
Aku hanya manusia biasa yang sering tersilap langkah.
Aku hanya manusia biasa yang sering tersilap bertutur kata.
Aku hanyalah manusia biasa yang tiada apa istimewa dimata mu.
Tak pernah aku kesal mengenali dirimu kerana aku tahu engkau adalah yang terbaik yang telah Allah kurniakan buat aku.
Cuma peredaran detik,saat,minit,jam,hari,minggu,bulan dan tahun telah mengubahkan sesuatu yang terbiasa menjadi kelainan bila ianya berubah.
Sungguh tidak pernah sekali aku menginginkan rasa ini. rasa yang penuh degan curiga, rasa yang penuh dengan syak was sangka, rasa yang penuh degan pemikiran negatif. sungguh tidak pernah aku ingin namun semua itu berlaku bila aku merasakan engaku berbeza.
Maafkan aku dengan coretan ini

Wednesday, 2 July 2014

Patah Sayapku Patah...

Kerinduan dalam hati bagai ditusuk sembilu bisa,
Ku tak sanggup menahan sakit di hati,
Ku mengharap kesakitan ini sementara,
Ku terjaga engkau tiada disisi,
Bila sedar erti cintamu pada ku,

Airmata yang mengalir menemani ruang hati ini,
Namun kini ku tahu tiada yang pasti,
Bila sedar erti cintamu,

Patah sayap ku patah,
Tak mampu terbang lagi,
Bila tanpa cintamu,
Hidupku tak bererti,

Terbang tinggiku terbang,
Mengapai angkasa,
Bila berpaut di sayapmu ku mensyukuri,
Nikmat hidup.

Pernahkah?
Pernahkah engkau terfikir,
Fikirkan tentang ku sakit merindui mu
Tak mungkin,
Tak mungkin aku mampu menahan beban sakit hidup tanpa diri mu.


Tuesday, 5 November 2013

Indahnya aturanMu

Menatap matanya buat jantungku berdegup laju. Melihat dirinye menjadi pengubat rindu. Dia adalah Mr Right ku selama2nya dengan keizinan Allah. Setiap saat yang dilalui bersamanya aku terasa begitu indah. Saat berada didakapannya aku terasa selamat. Masa yang di luangkan olehnya sangat aku hargai dan akan ku ingat sampai bile2... terasa perasaan sayang yang semakin menebal dari sehari ke sehari.. permudahkanlah segala2nya agar perhubungan ini kekal selamanya... dua hari bersama menghadiri krusus Pra Perkahwinan.. seharian meluangkan masa bersama di Sunway Lagoon sungguh buat aku susah nak balik ke Johor.. My Mr right awak buat saya terlalu menyayangi awak sepenuh hati... semoga hubungan kita mendapat Restu keluarga dan Keredhaan Allah.. Love u till Jannah Mr Right..

Sunday, 13 October 2013

Sepi tanpa rasa

Seandainya telah kau catatkan dia adalah jodoh ku satukanlah kami dengan ikatan yang mendapat keredhaanMu..
Seandainya telah Engkau catatkan dye bukan milik ku.. Pisahkan kami agar tiada hati yg tersakiti...
Kerana hanya engkau yg lbh mengetahui segalanya...
Mungkin aq bukan yg terbaik, mungkin jga aq bkn yg dye inginkan... Kerana ku tahu aq bknlah yg sempurna... Segalanya ku serahkan kepadaMu... PadaMu ya Allah...

Monday, 30 September 2013

October

Masa yang berlalu terlalu pantas pejam celik pejam celik dah masuk bulan sepuluh. tinggal lagi 2bulan nak masuh tahun baharu.. Rasa macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. 01.10.2013 terasa kosong... terlalu kosong.. terasa macam hidup dalam dunia lain pulak... hahahaha.. macam lagu Najwa Latif Kosong..Kosong..Kosong... huhuhuhu... LOL... Sewel... hahahahahahahahahaha

Rasa Hati

setiap kali dia kucup dahi ini kenapa hati aku terasa terlalu tersentuh sampai satu tahap macam nak mengalir air mata pulak. Memang macam kelakar tapi itu hakikat. terlalu tersentuh dan apa yang penting macam terasa sesuatu yang mengalir sampai terasa ke hati... sekarang aku terlalu merindui dia yang jauh beratus kilometer dari aku. terlalu rindu... aku mengharapkan agar dia setia di sana, jujur terhadap hubungan ini... semoga hubungan kami kekal sehingga Jannah... amin insyaAllah...

Saturday, 28 September 2013

si dia yg mencuri hati

Tak pernah aku terfikir sedikit pun yang aku akan mengenali si dia yang kini menjadi insan teratas dihati ini selepas Allah S.W.T dan keluarga. Alhamdulillah Ya Allah, Syukur teramat. Mesti pun dia jauh namun aku mengharapkan segala-galanya berjalan seperti biasa dan kejujuran serta kesetiaan darinya. Aku berSyukur atas Hikmah yang telah Allah kurniakan buat diriku. Dulu aku sering di sakiti kini setelah segala-galanya berakhir dan aku mengenali si dia hidup ini lebih sempurna. Syukur Ya Allah.. menyayangi,mencintai,mengenali,merinduinya tiada sedikitpun pernah aku terduga namun inilah yang di namakan Takdir Allah itu adalah yang terindah walaupon pada mulanya harus kita merasai kesakitan... aku mengharapkan agar inilah yang terakhir buat hidupku, inilah yang terbaik buat hidupku,agamaku... ku mengharapkan agar segala-galanya berjalan seperti yang di rancang. Amin Ya Allah..