Thursday, 21 August 2014

Perit Lagikan Getir

Tak pernah aku mengharapkan sesuatu yang keterlaluan dalam setiap perhubungan namun cukuplah dengan kasih sayang yang lahir dari keikhlasan. Cukup jugalah dengan sebuah penghargaan.
Tak pernah aku menagihkan perhatian 24jam namun cukuplah yang tidak membuatkan aku merasa seperti diabaikan.
Tak pernah aku mengharapkan sesuatu penghargaan setiap pengorbanan yg terlalu gah, namun cukuplah dengan di hargai seikhlas hati.
Tak pernah aku mengimpikan kesempurnaan kerana aku sendiri sedar bahawa aku jua tidak sempurna.
Wahai insan, Maafkan aku andai aku bukanlah seperti yang kau idamkan,maafkan aku kerana aku bukanlah seperti yang kau angankan, maafkan aku kerana aku bukan seperti yangkau harapkan, maafkan aku jua kerana aku bukanlah seperti apa yang telah kau angankan.
Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan banyak kesilapan.
Aku hanya manusia biasa yang sering tersilap langkah.
Aku hanya manusia biasa yang sering tersilap bertutur kata.
Aku hanyalah manusia biasa yang tiada apa istimewa dimata mu.
Tak pernah aku kesal mengenali dirimu kerana aku tahu engkau adalah yang terbaik yang telah Allah kurniakan buat aku.
Cuma peredaran detik,saat,minit,jam,hari,minggu,bulan dan tahun telah mengubahkan sesuatu yang terbiasa menjadi kelainan bila ianya berubah.
Sungguh tidak pernah sekali aku menginginkan rasa ini. rasa yang penuh degan curiga, rasa yang penuh dengan syak was sangka, rasa yang penuh degan pemikiran negatif. sungguh tidak pernah aku ingin namun semua itu berlaku bila aku merasakan engaku berbeza.
Maafkan aku dengan coretan ini